AL-ZALZALAH
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
(2) Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
(3) Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi?
(4) Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:
(5) Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
(6) Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
(7) Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(8) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan