Umar bin Alkhoththob r.a. ketika masuk kemasjid bertemu
dengan Ka'bul Ahbar sedang memberikan nasihat pada orang ramai, maka Umar
berkata kepadanya: "Berilah kami nasihat dan cerita-cerita yang dapat
menambahkan takut kepada Allah s.w.t." Maka Ka'bul Ahbar berkata:
"Sesungguhnya ada Malaikat-malaikat yang dijadikan oleh Allah s.w.t.
berdiri tegak tidak pernah membongkokkan punggung mereka, dan yang lain sujud
tidak pernah mengangkat kepalanya sehingga ditiup sangkakala, dan mereka
bertasbih: Subhanakallahumma wabihamdika ma abadnaaka haqqa ibadatia wa haqqa
ma yanbaghi laka an tu'bada. (Yang bermaksud) Maha suci Engkau ya Allah dan
segala puji bagiMu, kami tidak dapat beribadat kepadaMu sepenuh ibadat yang
layak kepadaMu, yang layak bagiMu untuk disembah. Demi Allah yang jiwaku ada
ditangannya, neraka jahannam akan diperdekatkan pada hari kiamat lalu
bergemuruh dan bila telah dekat ia bergemuruh dengan satu suara dan disaat itu
tidak ada seorang nabi atau orang yang mati syahid melainkan ia bertekuk lutut
jatuh, maka tiap nabi, syahid atau siddiq hanya berdoa: "Ya Allah, saya
tidak minta kecuali keselamatan diriku sehingga nabi Ibrahim lupa pada Ismail
dan Ishak sambil berkata: "Ya Tuhan, aku khalilullah Ibrahim, dan pada
saat itu andaikan engkau, hai putera Khoththob mempunyai seperti amal tujuh
puluh nabi, nescaya kau mengira bahawa dirimu tidak akan selamat." Maka
menangislah semua yang hadir.
Ketika Umar melihat keadaan itu, lalu Umar berkata:
"Hai Ka'ab, berikan kepada kami khabar yang menggembirakan." Maka
berkata Ka'ab: Sesungguhnya bagi Allah s.w.t. ada 313 syari'ah, tidak seorang
yang menghadap kepada Allah s.w.t. dengan salah satu syari'at itu asal disertai
dengan Khalimah laa ilaha illallah melainkan pasti dimasukkan oleh Allah s.w.t
kedalam syurga demi Allah, andaikan kamu tahu besarnya rahmat Allah s.w.t., nescaya
kamu malas beramal. Hai saudara-saudara, bersiap-siaplah menghadapi hari kiamat
itu dengan amal yang soleh, dan menjauhi ma'siyat sebab tidal lama kau akan
menghadapi kiamat dan menyesal tihadap masa hidupmu yang terbuang sia-sia,
ketahuilah bahawa bila kau mati bererti telah tiba hari kaimatmu, sebagaimana
kata Almughirah bin Syu'bah: "Kamu menantikan hari kiamat, padahal
kiamatmu ialah saat kematianmu."
Alqomah bin Qays ketika hadir janazah lalu ia berdiri
diatas kubur dan berkata: "Adapun hamba ini maka telah tiba kiamatnya,
sebab seorang mati maka melihat segala persoalan hari kiamat, iaitu syurga,
neraka dan Malaikat, dan ia tidak dapat berbuat suatu amal, maka ia bagaikan
seorang yang berada pada hari kiamat, dan ia akan bangkit pada hari kiamat
menurut keadaannya disaat matinya, maka sesungguhnya untung siapa yang
penghabisan amalnya kebaikan."
Abu Bakar Alwaasithi berkata: Keuntungan yang besar itu
dalam tiga perkara iaitu hidup, mati dan kiamat. Adapun keuntungan hidup iaitu
bila digunakan dalam taat kepada Allah s.w.t, dan keuntungan mati bila ia mati
dalam khalimat Syahadat iaitu Laailaha illallah dan keuntungan hari kiamat bila
bangkit dari kubur disambut dengan berita bahawa syurga tersedia
untuknya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan