Jumaat, 28 Oktober 2011

Kelebihan Berzikir dalam sudut Sains

ZIKIR MENCERDASKAN OTAK
Nukilan Muhammad Arif Haris bin Mohd Suhaimi

Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.
Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dikenali sebagai elektro-ensefalogram (EEG).

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalahScientific American, keluaran Disember 1993. Kajian dilakukan di University of Washington dengan menggunakan ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering.”
Oleh itu , saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini sudah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Jadi tunggu apa lagi, jom zikir!

Kata-kata Hikmah

Rabu, 19 Oktober 2011

Patut diambil iktibar


Ali bin Abi Thalib r.a. menceritakan bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda :  “Nanti akan terjadi fitnah ( kekacauan ) ,” Ali bertanya “ Apakah jalan keluar dari kekacauan itu ya Rasulullah ?”. Nabi menjawab: “ Kitab Allah ( Qur`an ) . Di dalamnya terdapat berita orang-orang sebelum dan sesudah kamu , hukum ( peraturan ) untuk menyelesaikan  perselisihan di antara kamu. Qur`an perkataan yang tepat ( berisi ) bukan senda gurau ( cakap kosong ) . Siapa yang meninggalkan ajaran Qur`an , kerana takut kepada penguasa , niscaya  orang itu akan dibinasakan oleh Allah . Siapa yang mencari petunjuk selain dari Qur`an , niscaya akan disesatkan oleh Allah. Qur`an itu tali ( hubungan  yang teguh ) dari Allah , pengajaran ( peringatan ) yang penuh hikmah , jalan yang lurus ( benar ) , kamu tidak akan sesat apabila mengikutnya , lidah tidak akan keliru menyebut apabila menurutinya , ahli ilmu tidak bosan untuk tetap mempelajarinya , tiada using kerana dibaca berulang-ulang dan keajaibannya tidak akan habis. Ketika Jin mendengar Qur`an sampai mengucapkan “ Sesungguhnya kami mendengar Qur`an sangat mengagumkan , memimpin kepada kebenaran lalu kami mempercayainya. “ Siapa yang berkata menurut Qur`an dia  mengucapkan yang benar  , siapa yang bekerja menurut Qur`an , dia akan memperoleh pahala , siapa yang menghukum menurut Qur`an , dia bersikap adil , siapa yang mengikuti   ajaran Qur`an , sesungguhnya dia dipimpin ke jalan yang lurus.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Hakim.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Ungkapan Abu Firas al-`Amiri



“Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran”. (Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir).

Tazkirah


Ibnul Qayyim berkata,
“Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah;
- tidur di waktu pagi,
- sedikit solat,
- bermalas-malas dan
- berkhianat.
(Zaadul Ma’ad, 4/378)

Selasa, 11 Oktober 2011

tafsir al-quran


Langit dan bumi dulunya satu – Al Anbiya’: 30

أَوَلَمۡ يَرَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَنَّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ ڪَانَتَا رَتۡقً۬ا فَفَتَقۡنَـٰهُمَا‌ۖ وَجَعَلۡنَا مِنَ ٱلۡمَآءِ كُلَّ شَىۡءٍ حَىٍّ‌ۖ أَفَلَا يُؤۡمِنُونَ
Al Anbiya’: 30
Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

Sabda Nabi


Tidak akan miskin orang yang bersedekah, tidak akan berkurang harta dan ilmu yang kita berikan kepada orang lain. Jika kita memberi 1 dari 2 harta yang kita miliki (2-1) dalam matematika manusia maka harta kita akan tinggal 1 bahkan bisa habis jika kita kurangi satu lagi. Tapi tidak bagi Allah, 2-1 bisa jadi 10.
Luar biasa!  Tidak akan miskin orang yang suka berbagi. Bahkan sebaliknya Allah akan menjadikan kita kaya. Tidak saja kaya hati, tapi juga kaya materi…..!!!