Yahya bin Mu'adz Arrazi ketika dibacakan dimajlisnya
ayat yang berbunyi: "Yauma nahsyurul muttqina ilarrahmani. Wa nasuqul
mujrimina ila jahannama wirda." (Yang bermaksud) "Pada hari kiamat
itu Kami akan menghantar orang yang taqwa menghadap Arahman (Allah s.w.t.)
berkenderaan, sedang orang-orang yang durhaka Kami iring keneraka berjalan kaki
dan merasa haus."
Lalu ia berkata: "Tenang-tenanglah hai manusia,
kamu kelak akan dihadapkan kepada Allah s.w.t. berduyun-duyun, dan menghadap
pada Allah s.w.t. satu persatu, dan akan ditanya semua amalmu secara terperinci
kalimat demi kalimat, sedang para wali dihantar menghdap pada Allah s.w.t.
berkenderaan, dan orang-orang yang durhaka didorong keneraka jahannam
berbondong-bondong, dan semua akan terjadi bila bumi telah dilenyapkan, dan
tiba Tuhanmu sedang Malaikat berbaris-baris, dan dihidangkan jahannam sebagai
ancaman. Saudara-saudaraku, berhati-hatilah kamu dari kengerian sehari yang
perkiraannya sama dengan lima puluh ribu tahun (didunia), hari yang mengetarkan,
duka cita dan menyesal., itulah hari yang besar, hari bangkitnya semua manusia
untuk menghadap kepada Rabbul Alamien, hari perhitungan dan pertimbangan dan
pertanyaan, hari kegoncangan, yang pasti, yang menakutkan, hari kebangkitan,
hari dimana tiap manusia akan melihat apa yang telah dilakukannya. Hari dimana
semua manusia dalam berbagai bentuk akan melihat amal perbuatannya, hari dimana
wajah manusia putih berseri-seri dan lain wajah hitam, hari dimana seseorang
tidak dapat menolong kerana lainnya, dan tidak berguna segala tipu daya, hari
dimana seorang ayah tidak dapat membantu anaknya sedikit pun, hari dimana
bahayanya bertebaran meluas, hari dimana tidak diterima uzur orang-orang yang
zalim dan tetap mereka mendapat kutukan (laknat) serta siksa yang keji, pada
hari dimana tiap manusia harus mempertahankan dirinya sendiri, pada hari dimana
tiap ibu akan lalai terhadap bayi yang disusuinya, bahkan tiap ibu yang
mengandung akan menggugurkan kandungannya dan orang-orang bagaikan orang mabuk
tetapi tidak mabuk kerana minum arak, hanya kerana ngerinya siksaan Allah
s.w.t. yang sangat keras."
Muqatil bin Sulaiman berkata: "Makhluk akan berdiri
menanti pada hari kiamat selama seratus tahun, tenggelam dalam peluhnya sendiri
dan seratus tahun dalam kegelapan mereka bingung sedang seratus tahun lagi
sibuk bagaikan gelombang mengajukan tuntutan kepada Tuhan. Sesungguhnya hari
kiamat itu sekira lima ribu tahun, tetapi bagi seorang mukmin yang ikhlas
bagaikan sesaat, kerana itu wahai orang yang sihat akal hendaklah sabar
terhadap penderitaan dunia dalam melaksanakan taat kepada Allah s.w.t. untuk
memudahkan bagimu segala kesukaran-kesukaran hari kiamat."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan