Abul-Laits juga telah meriwayatkan dengan sanadnya dari
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: "Ketika Allah
s.w.t. telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah s.w.t. menjadikan
sangkakala dan diserahkan kepada Malaikat Israfil, maka ia meletakkannya
dimulutnya melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintahkan." Saya
bertanya: "Ya Rasullullah, apakah shur (sangkakala) itu?" Jawab
Rasullullah s.a.w.: "Bagaikan tanduk dari cahaya." Saya bertanya
lagi: "Bagaimana besarnya?" Rasullullah s.a.w. menjawab: "Sangat
besar bulatannya, demi Allah yang mengutuskanku sebagai Nabi s.a.w. besar
bulatannya itu seluas langit dengan bumi, dan akan ditiup hingga tiga kali
iaitu pertama Nafkhatul faza' (untuk menakutkan), Nafkhatus sa'aq (untuk
mematikan) dan Nafkhatul ba'ats (untuk menghidupkan kembali atau
membangkitkan)."
Dalam riwayat Ka'ab hanya dua kali tiupan, iaitu
mematikan dan membangkitkan. Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa yauma
yunfakhu fafazi'a man fissamawati waman fil ardhi illa man sya Allah (Yang
bermaksud) Dan pada hari ditiup sangkakala maka terkejut takut semua yang
dilangit dan yang dibumi, kecuali yang dikehendaki oleh Allah. (Surah Annamel :
87)
Dan pada saat itu tergoncangnya bumi, dan manusia
bagaikan orang mabuk sehingga ibu yang mengandung gugur kandungannya dan yang
meneteki lupa terhadap bayinya, dan anak-anak segera beruban dan
syaitan-syaitan laknatullah berlarian. Maka keadaan itu berlaku beberapa lama
kemudian Allah s.w.t. menyuruh Israfil meniup sangkakala kedua.
Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Wa nufikhafishshuri
fasha'iqa man fissamawati waman fil ardhi illa man sya Allah. Tsumma nufikha
fihi ukhra fa idza hum qiyamun yandhurun. (Yang bermaksud) Dan ketika ditiup
sangkakala maka matilah semua yang dilangit dan bumi kecuali yang dikehendaki
Allah, kemudian ditiup lagi, tiba-tiba mereka bangun dan melihat. (Surah
Azzumar : 68)
Mereka yang dikecualikan itu ialah roh orang-orang yang
mati syahid, Jibrail, Mika'il, Israfil dan Hamalatul arsyi serta Malaikatmaut,
sehingga ketika ditanya oleh Allah s.w.t: "Siapakah yang masih tinggal
dari makhlukKu?" Padahal Allah s.w.t. lebih mengetahui. Jawab
Malaikatmaut: "Ya Tuhan, Engkau yang hidup, yang tidak mati, tinggal
malaikat Jibril, Mika'il, Israfil, Hamalatul arsyi dan aku." Maka Allah
s.w.t. menyuruh Malaikatmaut mencabut roh mereka.
Riwayat Muhammad bin Ka'ab dari seorang dari Abu
Hurairah r.a. berkata: "Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Harus mati
Jibril, Mika'il, Israfil dan juga Hamalatul arsyi." Kemudian Allah s.w.t.
bertanya: "Hai Malaikulmaut, siapakah yang masih tinggal dari
makhlukKu?" Jawab Malaikulmaut: "Engkau Dzat yang hidup yang tidak
akan mati, tinggal hambamu yang lemah, Malikulmaut." Firman Allah s.w.t.:
" Hai Malaikulmaut, tidakkah kau mendengar firmanKu: "kullu nafsin
dza'iqatul maut. (Yang bererti) Tiap makhlukKu, Aku jadikan engkau untuk
tugasmu itu, dan kini matilah engkau." Maka matilah Malaikulmaut
diperintah mencabut nyawanya sendiri, maka ia sendiri, tiba-tiba ia menjerit,
yang andaikata waktu itu makhluk lain masih hidup nescaya mereka semua akan
mati kerana jeritan Malaikulmaut itu, lalu ia berkata: "Andaikan saya
mengetahui bahawa pencabutan roh itu seberat ini nescaya aku akan lebih lunak
ketika mencabut roh-roh orang mukmin." Kemudian matilah Malaikulmaut dan
tiada tinggal satupun dari makhluk Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t. berfirman
kepada dunia yang rendah ini: "Dimanakah raja-raja dan putera-putera raja,
dimanakah raksasa-raksasa dan putera-putera raksasa yang makan rezekiKu tetapi
menyembah lainKu." Kemudian Allah s.w.t. berfirman: "Limanil mulkil
yaum? Lillahilwahidil qahhar." (Yang bermaksud) Siapakah yang mempunyai
hak milik pada hari ini?. Pertanyaan ini tidak ada yang menjawab, maka Allah
s.w.t. sendiri menjawab: "hanya bagi Allah yang tunggal dan memaksa segala
sesuatu."
Kemudian Allah s.w.t. menyuruh langit menurunkan hujan
bagaikan air mani lelaki selama empat puluh hari, sehingga air telah mengenang
diatas segala sesuatu setinggi hasta, maka Allah s.w.t. menumbuhkan makhluk
bagaikan tumbuhnya sayur-sayuran sehingga sempurna kerangka badannya
sebagaimana semula dahulu, kemudian Allah s.w.t. menyuruh (berseru):
"Hiduplah hai Israfil dan Hamalatularsyi." Maka hiduplah mereka. Lalu
Allah s.w.t. menyuruh Israfil meletakkan sangkakala dimulutnya, lalu Allah
s.w.t. menyuruh Israfil meniupnya untuk membangkitkan, maka keluarlah roh-roh
bagaikan lebah telah memenuhi angkasa antara langit dan bumi, lalu masuklah roh
itu kedalam jasad didalam hidung, maka bumi mengeluarkan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan