Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Saya pertama orang
yang keluar dari bumi." Dalam lain hadis: "Sesungguhnya Allah s.w.t.
jika telah jika telah menghidupkan Malaikat Jibrail, Mika'il, Israfil, maka
mereka pergi kekubur Nabi Muhammad s.a.w. membawa buraq dan perhiasan-perhiasan
syurga, maka terbuka bumi untuk Baginda Rasulullah s.a.w. dan ketika melihat
Jibril segera bertanya: "Ya Jibril, bagaimana ummatku? (Apakah yang
diperbuat oleh Allah s.w.t. terhadap ummatku?) Jawab Jibril: "Terimalah
khabar gembira, kerana kau pertama yang kuluar dari bumi." Kemudian Allah
s.w.t. menyuruh Israfil meniup sangkakala, tiba-tiba serentak mereka bangkit
melihat keadaan.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan: "Maka keluarlah
mereka dari kubur mereka dalam keadaan telanjang bulat, menuju kepada Tuhan
mereka , kemudian berhenti disuatu tempat selama 70 tahun, Allah s.w.t.
membiarkan mereka, tidak melihat atau memutuskan keadaan mereka, mereka
menangis sehingga habis air mat, dan mengeluarkan darah dan peluh sehingga
banjir sampai kemulut, kemusian mereka dipanggil ke Mahsyar, mereka keburu-buruan
menuju panggilan itu, maka apabila telah berkumpul semua makhluk, jin, manusia
dan lain-lainnya, tiba-tiba terdengar suara yang keras dari langit, maka
terbuka langit dunia dan turun daripadanya sepenuh penduduk bumi dari para
Malaikat, dan mereka langsung berbaris, lalu bertanya: "Apakah ada
diantara kamu yang membawa perintah Tuhan untuk hidab?" Dijawab:
"Tidak ada." Kemudian turun ahli langit kedua dan berbaris pula,
kemudian turun prnduduk langit ketiga, dan seterusnya sampai langit ketujuh,
masing-masing berlipat dari yang sebelumnya dan semua Malaikat itu melindungi
penduduk bumi."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan