Jumaat, 24 Jun 2011
Dailog 4
Auza`i pernah bertanya kepada Abu Hanifah ," Mengapa Anda tidak mengangkat tangan ketika ruku` dan i`tidal ? Abu Hanifah menjawab , "kerana tidak ada dalil yang kuat dari Nabi Muhammad s.a.w. ." Auza`i berkata , "Bagaimana tidak ada , sedangkan al-Zuhri telah menceritakan kepadaku dari Salim dari Bapanya bahawa Rasulullah s.a.w. mengangkat tangannya apabila ia memulai shalat , ketika ruku` dan ketika bangun dari ruku`." Abu Hanifah berkata , "Kepadaku telah menceritakan Hammad dari Ibrahim dari Al-qamah dan Aswad dari Abdullah bin Mas`ud, bahawa Rasulullah s.a.w. tidak mengangkat kedua tangannya kecuali ketika memulai shalat dan tidak mengulanginya." Auza`i berkata " Saya menceritakan kepada Anda dari Salim dari Ibnu Umar , dan Anda mengatakan telah menceritakan kepadaku Hammad dari Ibrahim?"Abu Hanifah menjawab, " Hammad lebih faqih daripada al-Zuhri dan Ibrahim lebih faqih ketimbang Salim, sedangkan alqamah tidak lebih rendah dari Ibnu Umar malah ia bersahabat. Akan halnya Aswad dia jelas mempunyai keutamaan besar." Kemudian Auza` diam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan