Khamis, 15 November 2012

Bab : Riba

Surah Al Baqarah

Ayat 275

الَّذِينَ يَاْكُلُونَ الرِّبَوا لَا يَقُومُونَ اِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَنُ مِنْ الْمَسِّ ذَلِكَ بِانَّهُمْ قَالُوا اِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَوا وَاحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَوا فَمَنْ جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِنْ



Orang yang memakan riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya jual beli itu sama saja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Maka sesiapa yang telah sampai peringatan dari Tuhannya lalu ia berhenti, maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (mengambil riba) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan