Selasa, 9 Ogos 2011

Bersedekah / Memberi

Memberi -

Tahukah anda dengan memberi, anda juga akan memperolehi ganjaran. Memberi adalah satu energi yang tidak hanya membantu orang lain, tetapi ianya juga mencipta lebih banyak lagi kepada yang memberi.

Wang adalah energi yang perlu mengalir. Jika anda takut untuk memberi, ego dan kedekut, itu bermakna anda telah menghentikan aliran wang tersebut.

Jika darah di dalam badan dapat mengalir dengan bebas, ini bermakna badan anda sihat dan sebaliknya jika ia terhenti bermakna kita mempunyai masalah kesihatan.

Begitu juga dengan wang, jika wang tidak mengalir dengan sepatutnya ini bermakna ekonomi anda tidak sihat. Jadi cara untuk mendapatkan aliran wang yang baik adalah dengan memberi.

Jangan takut untuk memberi dan jangan bimbang tentang kehilangannya kerana Tuhan tahu apa yang dilakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan