Isnin, 30 Julai 2012

Bab Do`a.


Surah Al A'raaf

Ayat 55

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً انَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ



Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.


Sebahagian Ahli tafsir berkata , " Maksudnya adalah orang-orang melampaui batas dengan mengeraskan suara mereka sewaktu berdo`a,"

Putus Asa


Surah Al Hijr
 
Ayat 56

قَال وَمَنْ يَقْنَطُ مِنْ رحْمَةِ ربِّهِ الا الضَّالونَ



Nabi Ibrahim berkata: Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang yang sesat.

Sabtu, 28 Julai 2012

Jangan Menyembunyikan Isi Kitab


Surah Ali 'Imran
 
Ayat 187

وَاِذْ اخَذَ اللَّهُ مِيثَقَ الَّذِينَ اوتُوا الْكِتَبَ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلَا تَكْتُمُونَهُ فَنَبَذُوهُ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ وَاشْتَرَوْا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ



Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang yang telah diberi Kitab (iaitu): Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada manusia dan jangan kamu menyembunyikannya. Lalu mereka membuang (perjanjian) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran itu.

Jumaat, 27 Julai 2012

Lagho ( Perkataan Sia-sia )

Surah Al Qasas
Ayat 55

وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ لَا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ


Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: Bagi kami amal kami dan bagimu amal kamu; selamat tinggallah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang jahil.

Khamis, 26 Julai 2012

Segala Amalan Untuk Diri Sendiri

Surah Fussilat
Ayat 46

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاء فَعَلَيْهَا وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِّلْعَبِيدِ


Sesiapa yang mengerjakan amal salih maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya.

Zikir itu Manfaat

Surah 'Abasa
 
Ayat 4

أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ الذِّكْرَى


Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.